Minggu, 05 Oktober 2014

Puasa Tarwiyah dan Arafah

.               Tarikh 8 Zulhijjah disebut juga dengan istilah Hari Tarwiyyah, dan puasa di hari tersebut disebut dengan puasa Tarwiyyah. Persoalannya mengapakah hari ke 8 Zulhijjah itu dinamakan sebagai Hari Tarwiyyah?

‘Tarwiyyah’ (تروية) berasal dari perkataan ‘Rowa-yarwi’ (روى) yang bererti menceritakan, meriwayatkan, mengisahkan, mengeluarkan, memancarkan, melewatkan, mengantarkan, mengairi dan memberi minum.

Dalam kitabnya “Al-Mughni”, Imam Ibnu Qudamah menjelaskan kenapa sebab dinamakan hari ke 8 Zulhijjah itu dengan Hari Tarwiyyah. Sekurang-kurangnya ada 2 alasan kenapa hari itu dinamakan Hari Tarwiyyah. (Al-Mughni 3/249).

Pertama: Pada hari ke 8 Zulhijjah, para jemaah haji setelah berihram, mereka menuju Mina untuk bermalam dan keesokan harinya mereka akan menuju Arafah. Ketika di Mina itu para jemaah (seperti yang dikatakan Ibnu Qudamah) mempersiapkan air sebagai bekal untuk dibawa berwukuf di Arafah. Menyiapkan air ini diistilahkan dan mempunyai asal kata yang sama dengan ‘Yatarowwauna’ (يتروون), kerana inilah hari ke 8 itu dinamakan Hari Tarwiyyah..

Kedua:.Dinamakan“Tarwiyah”(Hari berfikir) kerana di malam hari Tarwiyah itu Nabi Ibrahim as mendapatkan mimpi pertama kali dari Allah سبحانه وتعالى untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail as. SeharianBaginda a.s. berfikir dan “tertanya-tanya” kepada dirinya apakah perintah itu datangnya dari Allah سبحانه وتعالى atau dari syaitan “Bertanya-tanya” itu juga diistilahkan dengan bahasa “Yurowwi” (يروي) dan itu sebab dinamakan hari itu sebagai Hari Tarwiyyah.
.
Dan ketika mimpi itu datang untuk kedua kalinya di malam hari Arafah, Nabi Ibrahim a.s. akhirnya meyakini bahawa ia perintah daripada Allah سبحانه وتعالىbukan dari syaitan. “Arofa”(عرف) dalam bahasa Arab bermaksud adanya pengetahuan atau mengetahui.Maka kerana itulah hari ke 9 Zulhijjah dinamakan“Hari Arafah” (عرفة) yang bermakna hari tahu atau mengerti perintah dariNya.
.
.
Berdasar dari kisah-kisah tersebutlah, ia menjadi suatu sunnah dan Umat Islam disarankan agar melakukan ibadah korban pada 10 hingga 13 Zulhijjah.

Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a., Rasululah  bersabda:

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan segala tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan (ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu).”(Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.).

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
.

SEBELUM 10 ZULHIJAH

1.       Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
2.       Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
3.       Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

1.       Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2.       Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3.       Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4.       Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5.       Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
6.       Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
7.       Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
8.      Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
9.       Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
10.   Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
11.    Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
12.    Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

2.  Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:


لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar