HADIAH
Hadiah adalah pemberian dengan niat mendekatkan diri kepada seseorang dan menzahirkan
kasih sayang kita kepada penerima sama ada dalam hubungan persahabatan,
hubungan suami isteri, hubungan antara ayah dan anaknya semua nya itu dapat
menjalinkan kasih sayang sekiranya kita memberikan hadiah sebagai tanda
penghargaan dan juga kasih sayang kita kepadanya.
Daripada pengertian tersebut
dapatlah kita ingat sama-sama bahawa tidak ada perasaan malu untuk menzahirkan
kasih sayang tersebut. Sememangnya didalam hadis nabi S.A.W. menyebutkan bahawa
malu itu sebahagian daripada iman, tetapi dalam proses menhalinkan hubungan
kasih sayang tidak perlu ada perasaan malu, jika tidak hubungan kita sesame
muslim sukar untuk terjalin. Seperti mana yang disabdakan oleh baginda S.A.W.
dalam hadisnya
تَهَادَوْا
تَحَبُّوْا
Saling memberi hadiahlah kalian
niscaya kalian saling mencintai
(HR al-Bukhari, al-Baihaqi dan Abu
Ya‘la)
Dalil Hadiah Dalam Syariat
1. Al-Qur’an :
Telah ada disebutkan hadiah dalam
al-Qur`an al-Karim dalam surah an-Naml di ceritakan kisah Sulaiman –
alaihissalam – bersama Ratu Saba, Bilqis. Sebagaimana dalam firman-Nya,
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِمْ
بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ
“Dan sesungguhnya aku akan
mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu
apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.” (an-Naml: 35)
Nabi Sulaiman – alaihissalam
– enggan menerima hadiah tersebut dan memerintahkan untuk mengembalikannya
karena beliau merasa bahwa Ratu Saba mengirimkan hadiah itu untuk memujuk
beliau agar pergi menyingkir darinya dan kaumnya. Allah berfirman tentang
perkataan Sulaiman,
ارْجِعْ
إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لا قِبَلَ لَهُمْ بِهَا
وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ مِنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ
“Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan
mendatangi mereka dengan balatentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan
pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan
mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina.” (an-Naml: 37)
Dan nampaknya, Nabi Sulaiman –
semoga selawat dan salam tetap tercurah kepada beliau dan kepada Nabi kita –
akan menerima hadiah itu jika tidak ada unsur tawar-menawar dan pujuk rayu.
Al-Qurthubi dalam tafsirnya (13/132) berkata, “Dahulu Nabi S.A.W. menerima
hadiah dan memberi pahala atasnya. Begitu pula Sulaiman dan seluruh para Nabi –
A.S.
Surah An-Nisa’ ayat 4 : “dan
berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan
kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian
(yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.”
Selepas mas kahwin diserahkan –
wajib – kepada para isteri, lalu isteri-isteri itu ‘memberi’ kembali dengan
rela hati, maka pemberian itu bolehlah dimakankan dan halal bagi suami
mengguna-pakai pemberian isteri-isteri itu.
2. Hadis :
“Wahai wanita muslimat, jangan
memandang hina seorang jiran akan pemberian seorang jiran yang lain, walau pun
pemberian itu hanya ‘firsina syat’.” – al-Bukhori dan Muslim. ‘Firsina syat’
iaitu kaki kambing yang tidak berdaging.”
Banyak hadis yang menyebut tentang hibah ini, antaranya ialah : “Kalaulah aku (Rasulullah s.a.w.) dijemput ke jamuan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menyahutnya. Dan kalaulah aku dihadiahkan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menerimanya.” – al-Bukhori.(5)
Banyak hadis yang menyebut tentang hibah ini, antaranya ialah : “Kalaulah aku (Rasulullah s.a.w.) dijemput ke jamuan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menyahutnya. Dan kalaulah aku dihadiahkan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menerimanya.” – al-Bukhori.(5)
Hadits Anas – rodhiyallohu
‘anhu – dalam ash-Shahih, “Bahwa ada seorang perempuan Yahudi yang memberi
hadiah kepada Rasulullah – shollallohu ‘alaihi wa sallam – berupa daging
kambing yang beracun.” (Muttafaq ‘alaih)
Hadits Aisyah – rodhiyallohu
‘anha – dalam ash-Shahih juga, “Bahwa Barirah memberi hadiah berupa daging
kepada Aisyah.” (Muttafaq ‘alaih)
Dan dari Aisyah – rodhiyallohu
‘anha – berkata, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki dua tetangga,
maka kepada yang manakah aku memberi hadiah? Beliau menjawab, “Kepada yang
paling dekat pintunya.” (Riwayat al-Bukhari)
3. Ijma’ : Sesungguhnya telah
sepakat ahli feqah Islam pada setiap zaman ke atas galakan melakukan hibah/
‘memberi’ dengan segala jenis pemberian lantaran ianya adalah pintu kerjasama
dalam kebajikan yang allah sarankan dalam al-Qur’an (lihat al-Qur’an : surah
al-Maaidah/ 2)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar